Mulai 19 Mac 2023, kesemua transaksi FPX melebihi RM100 hendaklah disahkan dengan pengesahan SecureTAC melalui Aplikasi CIMB Clicks. Langkah ini merupakan langkah untuk memperketat keselamatan perbankan atas talian dan juga untuk mengurangkan risiko penipuan. Hal ini juga adalah selari dengan saranan pihak pengawal selia untuk membanteras penipuan kewangan.
Masih belum menggunakan Aplikasi CIMB Clicks?
Muat turun Aplikasi CIMB Clicks sekarang daripada Apple App Store, Google Play Store atau HUAWEI AppGallery untuk menikmati perkhidmatan perbankan yang selamat dan pengesahan transaksi dengan lebih pantas.
Notis penting untuk pengguna Aplikasi CIMB OCTO: Buat masa ini, pengesahan SecureTAC masih belum ada pada Aplikasi CIMB OCTO. Bagi mengesahkan transaksi secara pengesahan SecureTAC, anda perlu menggunakan Aplikasi CIMB Clicks. Kami akan meningkatkan lagi perkhidmatan Aplikasi CIMB OCTO dari semasa ke semasa.
Terima kasih kerana memahami. Untuk maklumat lanjut berkenaan SecureTAC, sila layari https://www.cimbclicks.com.my/content/securetac-web.html