Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Perkhidmatan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Notis Penting:

Peringatan penting kepada Bukan Pemastautin/Pemegang Akaun Luaran mengenai Had Pemindahan Dana bagi Pindahan Dana Antara Bank

 

20 Februari 2023

 

Kepada pelanggan yang dihargai,

 

Kami ingin mengingatkan semua pemegang Akaun Luaran, sebarang pembayaran tunggal, penerimaan atau pemindahan keluar dana ke dalam atau daripada Akaun Luaran dihadkan kepada RM 10,000 bagi setiap transaksi. Oleh itu, mana-mana daripada transaksi pembayaran tunggal, penerimaan atau pemindahan keluar dana yang melebihi RM10,000 akan ditolak. Begitu juga, Pemindahan Berjadual melebihi RM10,000 bagi setiap transaksi tidak akan diproses pada tarikh pemindahan berjadual anda jika ada.

 

Ini akan melibatkan semua saluran perbankan, samada melalui urusan pembayaran dikaunter cawangan, Terminal Layan Diri / Mesin Pengeluaran Wang Automatik dan pemindahan dana elektronik yang mana merangkumi jenis-jenis transaksi seperti berikut:

(i) Kiriman wang ke dalam dan dari Akaun Luaran

(ii) Deposit ke dalam Akaun Luaran oleh pihak ke-3

(iii) Pindahan dana melibatkan Akaun Luaran dalam CIMB Bank (pihak ke-3)

(iv) Semua pindahan dana ke akaun bank yang lain termasuk pemindahan secara IBG dan “DuitNow” melalui Perbankan Dalam Talian CIMB Clicks, Aplikasi Mudah Alih CIMB Clicks, dan Aplikasi Udah Alih CIMB OCTO, laman web BizChannel dan Aplikasi Mudah Alih BizChannel.

 

Sila ambil perhatian, had di atas tidak akan terpakai kepada pemegang Akaun Luaran di bawah kategori dikecualikan iaitu:

  • Konsulat;
  • Suruhanjaya Tinggi;
  • Kedutaan;
  • Individu yang menyertai Program Malaysia My Second Home (MM2H); atau
  • Individu yang bekerja atau belajar di Malaysia termasuk pasangan, anak atau ibu bapa yang tinggal di Malaysia;

 

Jika anda bukan di bawah kategori dikecualikan tetapi ingin melakukan pemindahan dana yang melebihi RM10,000 dalam satu transaksi, sila lawati mana-mana cawangan CIMB Bank dan bawa bersama dokumen sokongan untuk menunjukkan tujuan pemindahan (cth. Invois untuk penyelesaian perdagangan barangan dan perkhidmatan di Malaysia). Sila fahami bahawa anda perlu mengemukakan bukti dokumen sebagai sebahagian proses dalaman kami untuk memastikan pematuhan kepada Notis Dasar Pertukaran Asing dan kami wajib untuk melapor sebarang transaksi mencurigakan yang tidak mematuhi Notis Dasar Pertukaran Asing kepada Bank Negara Malaysia.

 

Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Notis Dasar Pertukaran Asing –Notis 4 (Pembayaran dan Penerimaan) untuk memastikan semua aktiviti menggunakan akaun CIMB Bank Berhad / CIMB Islamic Bank Berhad mematuhi Notis Dasar Pertukaran Asing – Notis 4 sepanjang masa. Sebagai tambahan, di mana tujuan pembayaran berkaitan pinjaman/pembiayaan/jaminan juga perlu dipastikan mematuhi keperluan di bawah Notis Dasar Pertukaran Asing – Notis 2 (Pinjaman, Memberi Pinjaman dan Jaminan).

 

Untuk maklumat penuh dan terkini berkenaan Notis Dasar Pertukaran Asing dan Panduan ”Minimum

Due Diligency” Notis 4, sila rujuk kepada laman web Bank Negara Malaysia di https://www.bnm.gov.my/fep dan juga

https://www.bnm.gov.my/documents/20124/60360/Minimum+Due+Diligence+Consolidated.pdf.

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada Soalan Lazim Perbankan Dalam Talian CIMB Clicks di bawah Akaun dan Transaksi > Pindahan Dana.