Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Perkhidmatan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Notis Penting:

Had Pindahan Dana ke dalam/daripada Akaun Luaran

 

16 Januari 2023

 

 

Kepada pelanggan yang dihargai,

 

Berkuatkuasa mulai 16 Januari 2023, merujuk kepada Pentadbiran Pertukaran Asing yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Sebarang pemindahan keluar dana ke dalam atau daripada Akaun Luaran akan dihadkan kepada RM 10,000 bagi setiap transaksi. Mana-mana daripada transaksi pemindahan dana keluar tunggal yang melebihi RM10,000 akan ditolak. Begitu juga, Pemindahan Berjadual melebihi RM10,000 bagi setiap transaksi tidak akan diproses pada tarikh pemindahan berjadual anda jika ada.

 

Ini akan melibatkan:

(i) Pindahan Dana ke dalam akaun CIMB Bank (pihak ke-3),

(ii) Semua Pindahan dana ke akaun bank yang lain termasuk pemindahan secara IBG dan “DuitNow” melalui Perbankan Dalam Talian CIMB Clicks dan Aplikasi Mudah Alih CIMB Clicks.

 

Walau bagaimanapun, had di atas tidak akan digunakan untuk:-

  • Konsulat;
  • Suruhanjaya Tinggi;
  • Kedutaan;
  • individu yang menyertai Program Malaysia My Second Home (MM2H); atau
  • individu yang bekerja atau belajar di Malaysia termasuk pasangan, anak atau
  • ibu bapa yang tinggal di Malaysia;

 

Jika anda ingin melakukan pemindahan dana yang melibatkan Akaun Luaran melebihi RM10,000 dalam satu transaksi daripada akaun CIMB Bank anda ke pihak ketiga lain dalam CIMB Bank atau ke bank lain, sila lawati mana-mana cawangan CIMB Bank dan bawa bersama dokumen sokongan untuk menunjukkan tujuan pemindahan (cth. Invois untuk penyelesaian perdagangan barangan dan perkhidmatan di Malaysia) yang dibenarkan di bawah Notis Dasar Pertukaran Asing untuk melaksanakan transaksi.

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada Soalan Lazim Perbankan Dalam Talian CIMB Clicks di Akaun dan Transaksi > Pindahan Dana. Sila layari laman web Bank Negara Malaysia (BNM) di https://www.bnm.gov.my untuk membaca dan memahami tentang Notis Dasar Pertukaran Asing.