Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Perkhidmatan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Notis Penting

Notis Penting bagi Kadar Asas Standard (KAS) pinjaman/pembiayaan runcit baru.

 

29 Julai 2022

 

 

Para Pelanggan yang dihargai,

 

Selaras dengan garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM), kadar rujukan baru yang dikenali sebagai Kadar Asas Standard (KAS) akan digunakan untuk kadar terapung runcit bagi pinjaman/pembiayaan baru berkuat kuasa pada 1 Ogos 2022. KAS kami akan ditetapkan pada 2.25%* dan KAS tersebut akan menggantikan Kadar Asas (KA), Kadar Pinjaman Asas (KPA)/Kadar Pembiayaan Asas (KPA) bagi pengiraan kadar untuk permohonan pinjaman/pembiayaan runcit BARU yang diterima mulai 1 Ogos 2022.

 

Pinjaman/pembiayaan sedia ada yang terikat kepada KA dan KPA akan kekal masing-masing pada 3.25% dan 6.10%* kecuali kemudahan Overdraf di mana kadar rujukan sedia ada akan ditukar kepada KAS berkuat kuasa 1 Ogos 2022.

 

Untuk maklumat lanjut, layari www.cimb.com.my. Anda juga boleh menghubungi kami: untuk pelanggan individu hubungi +603 6204 7788, untuk pelanggan Preferred hubungi 1300 885 300 dan untuk pelanggan Korporat hubungi 1300 888 828 atau berjumpa dengan kakitangan kami di cawangan. Cawangan CIMB terletak setempat dengan cawangan CIMB Bank di seluruh negara.

 

Terima kasih kerana melakukan urusan perbankan dengan kami dan sokongan berterusan yang anda berikan.

 

 

Pihak Pengurusan

 

CIMB Bank Berhad & CIMB Islamic Bank Berhad

 

*Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

 

For ENG: