Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Perkhidmatan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Notis Penting

Kad Debit - Transaksi Card-Not-Present (CNP)

 

7 Mac 2022

 

Pelanggan yang dihormati,

 

Selaras dengan garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM) dan untuk memastikan pengalaman perbankan yang terjamin, semua CIMB Debit Mastercard akan memerlukan pemegang kad memilih masuk untuk melakukan transaksi Card-Not-Present (CNP).

 

Transaksi Card-Not-Present (CNP) adalah transaksi perbelanjaan runcit di mana pemegang kad tidak hadir di hadapan peniaga apabila pembayaran dibuat. Berikut adalah contoh transaksi CNP:

•Transaksi dalam talian

•Pesanan Mel/ pesanan Telefon (MOTO)

 

Apabila transaksi CNP dilakukan dengan CIMB Debit Mastercard, transaksi tertentu mungkin tidak memerlukan pengesahan dan oleh itu terdapat risiko bahawa pembelian tanpa kebenaran mungkin berlaku.

 

Untuk memudahkan pelanggan kami yang belum memilih masuk kad mereka untuk transaksi CNP, kami akan menghantar notifikasi peringatan melalui SMS. Pelanggan yang menerima SMS boleh membalas “CNPY” ke 62666.

 

Untuk butiran lanjut mengenai transaksi Card-Not-Present, sila rujuk FAQ.

 

Terima Kasih.

CIMB Bank Berhad