Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Perkhidmatan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Notis Penting

Penamatan Kad Kredit CIMB Enrich

1 Julai 2022

 

Pemegang Kad Kredit CIMB Enrich yang dihormati,

 

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa CIMB Bank Berhad (“CIMB”) akan menamatkan Kad Kredit CIMB Enrich dan ini akan melibatkan produk – produk CIMB yang berikut:

Nama Produk

Tarikh Penguatkuasaan Penolakan Permohonan Kad Kredit CIMB Enrich Baharu

Tarikh Penamatan Kad Kredit CIMB Enrich

Kad Kredit CIMB Enrich Platinum

Kad Kredit CIMB Enrich World

Kad Kredit CIMB Enrich World Elite

1 Julai 2022

1 Januari 2023*

 
Pemegang Kad Kredit CIMB Enrich yang sedia ada boleh terus menggunakan kad anda tanpa sebarang gangguan sehingga tarikh kuat kuasa penamatan Kad Kredit CIMB Enrich. Maklumat lanjut berkenaan dengan langkah seterusnya akan dihantar kepada anda. 

 

Untuk maklumat lanjut,  sila rujuk Soalan Lazim (FAQ).

 

 

*Tarikh kuat kuasa penamatan kad Kredit CIMB tertakluk kepada perubahan oleh CIMB. Kami akan memaklumkan kepada anda tentang mana-mana perubahan dari masa ke masa. Sila layari laman web Notis Penting sini

 

 

SOALAN LAZIM (FAQ)

 

1.  Saya mempunyai baki tertunggak, auto-pay, auto-billing, ansuran dan/atau Kad Zing dalam Kad CIMB Enrich sedia ada saya, apakah yang akan berlaku apabila penukaran kad dilakukan?

Kad baru CIMB Mastercard anda akan menggunakan nombor kad kredit yang sama seperti Kad CIMB Enrich anda. Tiada sebarang gangguan terhadap baki tertunggak atau produk ansuran bulanan yang telah dilakukan sebelum ini. Bagi perkhidmatan pembayaran (auto-billing, urusniaga berulang) berkemungkinan terdapat gangguan yang minima. Tetapi, anda dinasihatkan untuk sentiasa memantau kesemua transaksi runcit atau urusniaga berulang anda menggunakan CIMB Clicks atau penyata bulanan kad kredit anda. Sila hubungi kami jika anda mengesan sebarang kelainan.

 

 

2.  Bolehkah saya mendapat Bonus Miles menggunakan Kad CIMB Enrich di dalam tempoh peralihan sekarang?

(Tempoh peralihan: Tempoh dari sekarang sehingga pelancaran kad CIMB Mastercard baharu yang akan dimaklumkan pada bulan September 2022)

Ya. Semasa tempoh peralihan, anda akan terus mendapat Bonus Miles apabila berbelanja menggunakan Kad CIMB Enrich sedia ada. Penebusan dari Bonus Mile ke Enrich Points masih berdasarkan kadar penukaran semasa yang terdapat di dalam katalog CIMB Member Rewards Edisi 2022/23. Jika anda mempunya sebarang Bonus Miles yang akan tamat tempoh ketika tempoh peralihan ini, anda boleh menebus Bonus Miles di laman web di sini. Sila ambil perhatian bahawa nilai Bonus Miles anda adalah dikekalkan selepas kami menukarkan Kad CIMB Enrich anda ke kad CIMB Mastercard yang baharu. Kami akan memaklumkan tentang penukaran faedah-faedah yang baharu pada bulan September 2022.

 

 

3.  Apakah yang berlaku kepada akses Malaysia Airlines Golden Lounge sedia ada saya?

  • Pemegang Kad Kredit CIMB Enrich Platinum & Kad Kredit CIMB Enrich World – Anda masih boleh menggunakan e-baucar Malaysia Airlines Golden Lounge anda sehingga 31 Disember 2022, sila sertakan e-baucar bersama Kad CIMB Enrich untuk akses masuk ke Malaysia Airlines Golden Lounge. Selepas pemberitahuan mengenai CIMB Mastercard yang baharu, anda akan menikmati akses lounge baharu. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kepada anda pada bulan September 2022.

 

  • Pemegang Kad Kredit CIMB Enrich World Elite – Anda akan terus menikmati akses lounge tanpa had sehingga 31 Disember 2022 dengan menunjukkan Kad CIMB Enrich World Elite anda. Selepas pemberitahuan mengenai CIMB Mastercard yang baharu, anda akan menikmati akses lounge baharu. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kepada anda pada bulan September 2022.