Adakah saya akan tertakluk kepada Pra-Kebenaran apabila saya membuat pembelian petrol? 

Ya, jumlah pra-kebenaran sebanyak RM200 dikenakan ke Akaun Mastercard Prabayar CIMB Lazada untuk pembelian petrol di stesen minyak. Jumlah pra-kebenaran akan dikembalikan dan jumlah sebenar akan dicaj ke Akaun Mastercard Prabayar CIMB Lazada anda 3 hari kalendar selepas tarikh transaksi petrol tersebut.