Bagaimanakah cara memohon Akaun Kad Mastercard Prabayar CIMB Lazada?

 

Permohonan untuk Mastercard Prabayar CIMB Lazada hendaklah dibuat melalui CIMB Clicks di mana anda boleh memilih untuk menggunakan akaun CIMB Clicks sedia ada atau mendaftar CIMB Clicks baru. Jika anda menggunakan CIMB Clicks sedia ada, anda akan dikategorikan sebagai Pemegang Akaun CIMB sedia ada. Jika anda tidak mempunyai akaun CIMB Clicks, anda akan dikategorikan sebagai Pemegang Akaun CIMB Baru.

 

Jika anda mempunyai akaun CIMB Clicks, pilih 'I have a Clicks ID' dan log masuk ke akaun CIMB Clicks anda. Setelah mengemukakan permohonan, anda akan mendapat kad maya yang sedia untuk digunakan. Kad fizikal akan dihantar kepada anda dalam masa dua (2) minggu dari permohonan anda.

 

Jika anda tidak mempunyai sebarang akaun perbankan atau akaun lain dengan Bank dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad dan ingin memohon pembukaan akaun, anda perlu berwarganegara Malaysia yang mempunyai MyKad Malaysia dan hendaklah፦

 

(i) berjaya melengkapkan pengesahan digital Bank anda dalam masa dua (2) hari kalendar dari tarikh permohonan untuk membuka Akaun. Sila rujuk halaman produk Mastercard Prabayar CIMB Lazada di  www.cimbbank.com.my/lazadacard dan ikut arahan terperinci untuk melengkapkan proses pengesahan digital Bank;

 

(ii) menyediakan dokumen sokongan tambahan lanjut kepada Bank dengan cara yang ditetapkan seperti yang diberitahu oleh Bank kepada anda melalui SMS dan/atau e-mel berdasarkan nombor telefon mudah alih berdaftar dan alamat e-mel dalam rekod Bank dalam tempoh tiga (3) hari kalendar. Kegagalan mematuhi syarat-syarat ini akan menyebabkan penutupan Akaun.

 

Untuk memohon, pilih 'I’m new/ Do not have a Clicks ID' dan log masuk untuk melengkapkan permohonan Mastercard Prabayar CIMB Lazada anda. Anda perlu mencipta akaun CIMB Clicks untuk kemudahan pengurusan perbankan. Anda akan diberikan kad maya tetapi ia tidak akan diaktifkan sehingga anda melengkapkan proses pengesahan digital.

 

Anda tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen fizikal dan tiada bukti pendapatan diperlukan. Anda hanya perlu mendaftar secara dalam talian melalui laman web CIMB Clicks di www.cimbclicks.com.my. Kriteria kelayakan untuk membuka Mastercard Prabayar CIMB Lazada:

 

· Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

 

· Pemohon mestilah memiliki MyKad, nombor telefon bimbit berdaftar Malaysia yang aktif dan alamat surat-menyurat di Malaysia.

 

Sebaik sahaja permohonan anda diluluskan dan anda disahkan, akaun maya anda akan diberikan untuk kegunaan segera. Selepas menambah dana ke dalam akaun, anda boleh mula membuat pembelian dalam talian, pembayaran bil dan menambah nilai kredit prabayar mudah alih anda.

 

Akaun ini juga disertakan dengan kad fizikal yang dikeluarkan oleh Bank untuk pembelian di kedai di semua peniaga domestik dan seluruh dunia yang menerima Mastercard. Penggunaan produk ini adalah untuk transaksi runcit individu. Anda hanya boleh memiliki satu (1) Akaun Mastercard Prabayar CIMB Lazada pada bila-bila masa.

 

Mastercard Prabayar CIMB Lazada mempunyai ciri yang membolehkan anda membayar barangan dan perkhidmatan dengan mengimbas atau melambai Mastercard Prabayar CIMB Lazada anda di pembaca/terminal tanpa sentuhan (“Transaksi Tanpa Sentuhan”). Transaksi Tanpa Sentuhan yang tidak melebihi RM250 tidak memerlukan nombor PIN atau tandatangan anda. Jumlah Transaksi Tanpa Sentuhan agregat yang dibenarkan setiap hari ialah RM1,000.

 

Sekiranya anda ingin menyahaktifkan Transaksi Tanpa Sentuhan atau menetapkan had kumulatif yang lebih rendah untuk Transaksi Tanpa Sentuhan pada Kad Mastercard Prabayar CIMB Lazada, sila hubungi kami melalui Pusat Hubungan CIMB Bank di +603 6204 7788.