Siapa CIMB EVA?

CIMB EVA adalah aplikasi Pembantu Maya Dipertingkat yang direka untuk membantu anda menguruskan keperluan perbankan harian anda dengan lebih cepat, lebih mudah dan bijak. Dengan CIMB EVA, anda kini boleh melihat portfolio anda, membayar bil, melakukan pemindahan dana, dan menambah nilai telefon prabayar anda dengan mudah. Dengan ciri-ciri pintar seperti peringatan pembayaran bil & penganalisa perbelanjaan, anda boleh menguruskan perbelanjaan anda dengan mudah di hujung jari anda. CIMB EVA juga dilengkapi dengan ciri Messenger di mana anda akan menerima notifikasi aktiviti akaun anda, serta tawaran terkini dari CIMB.