Bolehkah saya memuat turun dan menggunakan CIMB EVA pada lebih daripada satu peranti?

Ya, anda boleh memuat turun dan menggunakan CIMB EVA pada lebih daripada satu peranti mudah alih. Walau bagaimanapun atas sebab keselamatan, notifikasi peribadi anda hanya akan dihantar ke peranti mudah alih yang digunakan untuk log masuk terkini. Sila pastikan anda menggunakan CIMB EVA di peranti yang paling kerap digunakan.