Privasi & Keselamatan

Apa itu TAC?

TAC bermaksud Kod Pengaktifan Transaksi. Ia merupakan kod yang digunakan untuk mengesahkan transaksi sama ada melalui peranti mudah alih anda dalam Aplikasi CIMB Clicks, Aplikasi CIMB EVA atau melalui SMS ke nombor mudah alih berdaftar anda dalam rekod CIMB Bank.

 

Setiap kali anda melakukan transaksi dengan CIMB Clicks, kami akan mendorong anda meminta TAC menggunakan saluran tersebut. Setelah anda menerima kod, anda perlu memasukkannya ke dalam borang transaksi. Transaksi tersebut kemudiannya akan disahkan dan diakui. Setiap TAC adalah unik dan diperlukan untuk memastikan bahawa transaksi tersebut benar-benar dilakukan oleh anda.