Apa yang berlaku jika pemindahan telegrafik luar negara tidak berjaya?

Sekiranya arahan pemindahan telegrafik luar negara anda ditolak oleh CIMB atau bank penerima, dana akan dikembalikan setelah ditolak semua caj CIMB yang relevan dan juga caj oleh bank benefisiari (jika ada). Dana tersebut juga akan ditukar ke MYR menggunakan Kadar Pembelian telegrafik semasa pada saat arahan diserahkan ke bank. CIMB tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian. Pelanggan dikehendaki mengemukakan semula arahan pemindahan telegrafik luar negara dengan maklumat yang lengkap dan betul dan boleh menghubungi Pusat Panggilan CIMB untuk maklumat lanjut.