Apakah yuran dan caj pemindahan telegrafik luar negara? 

CIMB akan mengenakan bayaran transaksi. Sila rujuk kepada Pemindahan Telegrafik Luar Negara untuk senarai penuh yuran transaksi CIMB.

 

Terdapat juga caj yang dikenakan oleh agen/bank pihak ketiga untuk memproses transaksi dan caj-caj tersebut ditentukan oleh agen/bank pihak ketiga.

 

Untuk arahan pemindahan telegrafik luar negara melalui Clicks, caj akan ditolak terus daripada jumlah yang akan dipindahkan.

 

Bagi arahan pemindahan telegrafik luar negara yang dikemukakan melalui Cawangan, penghantar akan mempunyai pilihan sama ada untuk membayar caj ejen/bank pihak ketiga terlebih dahulu (mata wang USD & EUR sahaja) atau untuk memotong caj daripada jumlah yang akan dipindahkan.