SpeedSend

No. SpeedSend
Apakah had transaksi di CIMB Bank/CIMB Islamic Bank?

Minimum = RM250

Maksimum = Had transaksi harian sehingga RM50,000 bagi setiap pelanggan, untuk tujuan pembayaran antara keluarga terdekat atau pendidikan tanpa dokumen sokongan. Jika tidak, ia hanya RM29,999 setiap pelanggan setiap hari.

Bagaimana cara membuat pembayaran untuk transaksi? / Dari mana saya boleh menghantar wang?

·   Pendebitan Akaun (melalui CIMB Clicks / cawangan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank)

 

·   Wang Tunai (melalui cawangan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank / lokasi CIMB Currency Exchange)

 

Nota: Lokasi CIMB Currency Exchange tersedia adalah di KL Sentral, Genting Highland & Menara Bumiputra-Commerce, Kuala Lumpur.

Apakah caj/yuran perkhidmatan untuk transaksi penghantaran yang dilakukan? RM10 untuk apa-apa amaun yang dihantar untuk transaksi berasal dari cawangan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, lokasi CIMB Currency Exchange dan CIMB Clicks
Apakah had transaksi harian melalui CIMB Clicks Had transaksi sehingga RM50,000 setiap pelanggan setiap hari untuk tujuan pembayaran di antara keluarga terdekat atau pendidikan tanpa dokumen sokongan. Jika tidak, ia hanya RM10,000 setiap pelanggan setiap hari

Bagaimana cara melakukan pemindahan wang melalui CIMB Clicks?



a) Log masuk CIMB Clicks

·   Log masuk ke dalam CIMB Clicks.

 

·   Pilih Bayar & Pindah > Pemindahan Asing.

 

·   Pilih dan melengkapkan maklumat berikut:-

 

(a)     Pilih Negara

(b)     Pilih Negara Penerima

(c)     Pilih mata wang asing dan masukkan amaun

(d)     Pilih Jenis Pemindahan "Akaun Kredit" atau "Pungutan Wang Tunai" - SpeedSend

b) Bagaiman cara untuk menyemak status transaksi yang telah dihantar?

·   Log masuk ke dalam CIMB Clicks

 

·   Pergi ke Bayar & Pindah > Rekod Transaksi > Rekod SpeedSend

 

·   Klik nombor rujukan untuk menyemak butiran transaksi

c) Bagaiman cara untuk meminta bayaran balik?

·   Log masuk ke dalam CIMB Clicks

 

·   Pergi ke Bayar & Pindah > Rekod Transaksi > Rekod SpeedSend

 

·   Klik pada nombor rujukan di senarai kolum 'Ref' untuk memaparkan butiran transaksi

 

·   Klik pada butang 'Meminta Bayaran Balik'

 

*Nota: Butang Meminta Bayaran Balik hanya akan dipaparkan untuk status transaksi dan ketersediaan tertentu

Bagaimana cara dana dibayar kepada penerima?

·    Pungutan Wang Tunai - Penerima boleh menerima pembayaran wang tunai di lokasi rakan kongsi SpeedSend

 

·    Akaun Kredit - Amaun akan dikreditkan ke dalam akaun penerima

Bagaimana penerima saya mahu cari lokasi Ejen?

Lokasi ejen SpeedSend boleh dikenal pasti secara fizikal dengan mudah melalui kotak cahaya luaran dengan logo SpeedSend.

Sila layari cimb.com.my untuk mencari lokasi ejen SpeedSend

Apakah yang ditunjukkan di status transaksi?

·    Tersedia - Wang sedang menunggu untuk diambil oleh penerima

 

·     Belum Selesai - Transaksi telah diterima dan menunggu untuk dikreditkan ke dalam

      akaun penerima

 

·     Dibayar - Transaksi berjaya dibayar / dikreditkan ke dalam akaun

 

·     Ditolak - Transaksi ditolak kerana butiran pembayaran tidak sah

 

·     Diminta untuk Dibayar Balik - Penghantar meminta transaksi untuk dibayar balik

 

·     Dibayar Balik - Transaksi telah dibayar balik kepada akaun penghantar

 

·     Ditolak dan Dibayar Balik - Transaksi ditolak dengan wang dikreditkan secara automatik ke dalam akaun penghantar

 

*Nota: Apa-apa Kiriman Keluar yang kekal tidak berbayar selama setahun dari tarikh transaksi berjaya akan dikira sebagai tidak dituntut/diambil dan dana akan seterusnya dihulurkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut

Bolehkah saya meminta untuk transaksi dibayar balik? Ya, dengan syarat penerima tidak mengambil wang atau dana tidak dikreditkan dengan berjaya ke dalam akaun penerima disebabkan oleh butiran berkaitan penerima yang tidak sah.
Di mana bayaran balik akan dikreditkan atau dibayar?

·     Untuk transaksi Clicks, perolehan daripada bayaran balik akan dikreditkan ke dalam akaun yang sama di mana transaksi penghantaran dimulakan.

 

·     Untuk transaksi dihantar dari cawangan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, bayaran balik dibuat melalui wang tunai atau kredit ke dalam akaun dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.

 

·     Untuk transaksi dihantar dari CIMB Bank Currency Exchange, wang tunai akan dibayar kepada penghantar.

Siapa yang boleh saya hubungi jika saya mempunyai pertanyaan transaksi berkaitan dengan SpeedSend?

Anda boleh hubungi

Customer Resolution Unit – CIMB,

Menara SBB 83 Medan Setia Satu,

50490 Bukit Damansara,

Kuala Lumpur

ATAU hantarkan emel pertanyaan ke cru@cimb.com berkaitan pertanyaan transaksi berkenaan dengan perkhidmatan SpeedSend

Bagaimana cara penerima mengambil bayaran wang tunai?

·    Penerima perlu mempamerkan nombor rujukan (contoh: CMTMY12345678) kepada ejen pembayar untuk pungutan dana.

 

·    Kunjungi Lokasi SpeedSend. Ingat untuk bawa bersama pengenalan diri yang sah*

 

·    Lengkapkan borang "SpeedSend Receive Money" dan berikan pengenalan diri yang sah kepada ejen SpeedSend.

 

*Anda mungkin akan diminta untuk memberikan pengenalan diri, biasanya antara salah satu dari berikut: pasport, lesen memandu, kad pengenalan kebangsaan atau pengenalan diri dikeluarkan oleh kerajaan. Anda juga mungkin akan diminta untuk memberikan pengesahan alamat (penyata bank atau bil utiliti). Dokumen yang diperlukan berbeza mengikut negara. Sila bertanya dengan cawangan/lokasi SpeedSend untuk format pengenalan diri yang diterima.

Adakah saya akan dibayar balik dengan amaun penuh yang dihantar? Tidak, anda akan dibayar balik berdasarkan kadar beli pertukaran wang asing bank. Yuran transaksi yang dikenakan ketika transaksi permulaan tidak akan dibayar balik.

Sila ambil perhatian bahawa pemprosesan bayaran balik akan memerlukan tindakan daripada bank koresponden, ini juga tertakluk pada maklum balas segera daripada bank koresponden.
Bolehkah saya meminda transaksi yang telah dihantar?

Tidak, anda tidak boleh meminda transaksi. Tetapi anda boleh membuat pembatalan

Pembatalan transaksi pembayaran wang tunai:

Jika anda mahu membatalkan transaksi untuk pembayaran wang tunai, yang masih tidak diambil oleh penerima, anda masih boleh meminta untuk bayaran balik.

Pembatalan transaksi pengkreditan akaun:

Jika pembatalan adalah untuk pengkreditan akaun, anda tidak dibenarkan untuk meminta bayaran balik jika dana telah dikreditkan. Tambahan lagi, yuran yang telah dibayar tidak akan dibayar balik kepada pelanggan.