Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Perkhidmatan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Benefits & Privileges

Pendaftaran Mudah Peruntukan Penuh Sumbangan Perlindungan & Manfaat
Pendaftaran Mudah
Peruntukan Penuh Sumbangan
Perlindungan & Manfaat

Kelayakan

Umur kemasukan: Berdasarkan umur anda pada hari lahir terakhir.

 

Nota-nota: 

 

Untuk orang yang dilindungi:

  • Minimum umur kemasukan: 30 hari
  • Maksimum umur kemasukan: 70 tahun*

* Umur kemasukan maksimum untuk perlindungan TPD ialah 69 tahun.

 

Untuk pemegang kontrak, umur kemasukan minimum ialah 18 tahun.

Catatan

1 Tidak terpakai untuk permohonan warga asing, di mana pengunderaitan mungkin dikenakan.

2 Maksimum sumbangan asas tahunan yang dibenarkan adalah tertakluk kepada umur kemasukan orang yang dilindungi dan pengakuan soal selidik kesihatan.

3 Penambahan sumbangan tunggal boleh dibuat pada bila-bila masa selepas tempoh sumbangan, dengan syarat semua sumbangan yang patut dibayar di bawah kontrak ini telah dibayar.

4 Perlindungan TPD akan tamat pada ulang tahun bulanan kontrak sejurus selepas orang yang dilindungi mencapai umur 70 tahun.

5 Jumlah asas yang dilindungi adalah bergantung kepada umur kemasukan orang yang dilindungi seperti berikut:

 

 

Umur kemasukan orang yang dilindungi Jumlah asas yang dilindungi  
Umur 0 hingga 50 125% daripada jumlah sumbangan yang telah dibayar (tidak termasuk sumbangan penambahan tunggal, jika ada) – 100% daripada pengeluaran (jika ada) daripada Akaun Pelaburan 1  
Umur 51 hingga 60 110% daripada jumlah sumbangan yang telah dibayar (tidak termasuk sumbangan penambahan tunggal, jika ada) – 100% daripada pengeluaran (jika ada) daripada Akaun Pelaburan 1  
Umur 61 hingga 70 105% daripada jumlah sumbangan yang telah dibayar (tidak termasuk sumbangan penambahan tunggal, jika ada) – 100% daripada pengeluaran (jika ada) daripada Akaun Pelaburan 1  

 

Nota Penting

Produk ini diuruskan oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad, [No. Pendaftaran 200501012215 (689263-M)] ("Sun Life Malaysia"), Operator Takaful yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Sun Life Malaysia adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Sebagai ahli PIDM, sesetengah manfaat yang dilindungi di bawah kontrak-kontrak/sijil-sijil takaful yang ditawarkan oleh Sun Life Malaysia adalah dilindungi oleh PIDM untuk kehilangan sebahagian atau keseluruhan manfaat-manfaat takaful tersebut, sekiranya berlaku kegagalan ahli Operator Takaful. Untuk maklumat lanjut berkenaan had perlindungan dan skop perlindungan, sila layari web PIDM (https://www.pidm.gov.my) atau hubungi talian bebas tol PIDM di 1-800-88-1266.

Penafian:

Penerangan ciri-ciri dan manfaat-manfaat produk takaful di dalam ini bukanlah satu kontrak takaful dan hanyalah ringkasan produk takaful bagi tujuan rujukan yang mudah dan cepat. Terma-terma dan syarat-syarat lengkap untuk produk takaful ini terdapat dalam Kontrak Dokumen Sun Life Malaysia, Operator Takaful.

CIMB Islamic Bank Berhad ("Bank") tidak menanggung tanggungjawab, kewajipan atau liabiliti produk takaful ini dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Operator Takaful.

Pihak Bank hanya bertindak sebagai pengedar untuk produk takaful ini.

Produk takaful ini dimiliki oleh Sun Life Malaysia dan bukan produk kepunyaan Bank. Oleh itu, produk takaful ini adalah tidak dijamin oleh Bank, subsidiarinya dan/atau ahli gabungannya dan Operator Takaful perlu menanggung sepenuhya tanggungjawab, kewajipan dan liabiliti takaful untuk produk takaful ini.

 

Tertakluk pada Terma dan Syarat.