Rujuk FAQ SecureTAC di sini untuk butiran.

 

Transaksi dalam talian Bukan 3D Secure ialah pembelian dalam talian yang dibuat tanpa pengesahan 3D Secure. Untuk mengaktifkan jenis transaksi ini (dikenali sebagai Card-Not-Present (CNP)), pemegang kad perlu aktifkannya. Pemegang kad boleh mengaktifkannya melalui CIMB OCTO App dengan langkah-langkah berikut:

 

Langkah 1: Login masuk ke CIMB OCTO App.

Langkah 2: Di Laman Utama CIMB OCTO App, tekan “Lagi” > “Perkhidmatan” > “Urus Kad”.

Langkah 3: Pilih “Transaksi Card-Not-Present Debit”.

Langkah 4: Pilih kad yang yang berkaitan.

Nota: Hanya kad debit yang diaktifkan akan dipaprkan untuk dipilih.

Langkah 5: Klik “Teruskan” untuk mengaktifkan transaksi CNP.

Langkah 6: Sahkan transaksi melalui SecureTAC.

Langkah 7: Kad anda kini berjaya diaktifkan untuk kegunaan transksi CNP.

 

Sebagai alternatif, sila hubungi +603 6204 7788 untuk mengaktifkan fungsi penggunaan CNP anda.