Kali pertama anda menggunakan kad anda, pastikan ia adalah transaksi cip-dan-PIN (di mana anda memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran dan memasukkan PIN anda ini membantu mengaktifkan fundsi tanpa sentuh).
Anda juga boleh menyahaktifkan atau mengaktifkan fungsi Tanpa Sentuhan melalui:
CIMB OCTO App
Langkah 1: Login masuk ke CIMB OCTO App.
Langkah 2: Di Laman Utama CIMB OCTO App, tekan “Lagi” > “Perkhidmatan” > “Urus Kad”.
Langkah 3: Pilih “Pembayaran Tanpa Sentuh”.
Langkah 4: Pilih kad debit yang berkaitan.
Nota: Hanya kad debit yang diaktifkan akan dipaprkan untuk dipilih.
Langkah 5: Untuk mendayakan, hidupkan togol jika ia dilumpuhkan sebelum ini.
Nota: Secara lalai, fungsi Pembayaran Tanpa Sentuh adalah aktif. Untuk menyahaktifkan, padamkan togol
Langkah 6: Sahkan transaksi melalui SecureTAC.
Langkah 7: Kad anda kini berjaya diaktifkan untuk kegunaan Pembayaran Tanpa Sentuh.
CIMB ATM
Langkah 1: Masukkan Kad Debit CIMB anda.
Langkah 2: Masukkan PIN Kad Debit anda.
Langkah 3: Kembali ke Menu Utama.
Langkah 4: Lain-lain.
Langkah 5: ATM/Debit / Kad Kredit Berkaitan.
Langkah 6: Kad Debit.
Langkah 7: Tetapkan Transaksi Tanpa Sentuhan.
Langkah 8: Pilih "Nyahaktifkan" atau "Aktifkan" untuk meneruskan.
Langkah 9: Masukkan nombor I/C baharu anda untuk mengesahkan.
Pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi untuk melakukan pembayaran tanpa sentuh dengan Kad Debit CIMB anda untuk mengelakkan sebarang gangguan pembayaran.