Transaksi dalam talian Bukan 3D Secure ialah pembelian dalam talian yang dibuat tanpa pengesahan 3D Secure. Untuk mengaktifkan jenis transaksi ini (dikenali sebagai Card-Not-Present (CNP)), pemegang kad perlu aktifkannya. Pemegang kad boleh mengaktifkannya melalui CIMB OCTO App dengan langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Login masuk ke CIMB OCTO App.
Langkah 2: Di Laman Utama CIMB OCTO App, tekan “Lagi” > “Perkhidmatan” > “Urus Kad”.
Langkah 3: Pilih “Transaksi Card-Not-Present Debit”.
Langkah 4: Pilih kad yang yang berkaitan.
Nota: Hanya kad debit yang diaktifkan akan dipaprkan untuk dipilih.
Langkah 5: Klik “Teruskan” untuk mengaktifkan transaksi CNP.
Langkah 6: Sahkan transaksi melalui SecureTAC.
Langkah 7: Kad anda kini berjaya diaktifkan untuk kegunaan transksi CNP.
Sebagai alternatif, sila hubungi +603 6204 7788 untuk mengaktifkan fungsi penggunaan CNP anda.