Pemegang Kad hendaklah mengemukakan perkara berikut semasa kemasukan:
- Pasport atau Kad Pengenalan (IC);
- Kad Kredit CIMB Travel World Elite; dan
- Pas masuk pesawat yang sah
Lokasi lounge lapangan terbang boleh berubah dari semasa ke semasa oleh Penyedia Perkhidmatan:
- Klik di sini untuk senarai Plaza Premium Lounge terpilih. Nikmati diskaun 50% daripada kadar walk-in untuk tetamu yang menemani di mana-mana Plaza Premium Lounge berjenama secara langsung di seluruh dunia.
- Klik di sini untuk mencari lounge bagi Mastercard Travel Pass.
Nota:
- Pemegang Kad Kredit CIMB Travel World Elite layak mendapat maksimum dua belas (12) akses lounge lapangan terbang tanpa bayaran bagi setiap tahun kalendar melalui gabungan Plaza Premium Lounge dan Mastercard Travel Pass.
- Akses ke mana-mana lounge lapangan terbang di Malaysia dan lounge Plaza Premium First di seluruh dunia adalah melalui Plaza Premium Lounge sahaja.
- Bank akan mengenakan caj balik sebanyak RM150.00 ke atas akaun Pemegang Kad bagi setiap akses lounge yang melebihi kelayakan.
- Untuk membaca terma dan syarat penuh, sila klik sini.
Kemasukan percuma kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.