Langkah 1: Pastikan anda menggunakan Kad Kredit CIMB Travel Platinum sebagai kaedah pembayaran untuk menggunakan Kod Promo.
Langkah 2: Buka Aplikasi Grab, pilih 'Car'.
Langkah 3: Masukkan destinasi anda
Langkah 4: Klik 'Offers'
Langkah 5: Masukkan Kod Promo "CIMBTRAVEL" pada kotak teratas
Pemegang kad yang layak berhak mendapat maksimum satu (1) Kod Promo setiap Bulan Kempen dan setiap Kod Promo dihadkan pada RM65. Pemegang Kad Layak perlu memenuhi keperluan perbelanjaan minimum RM3,000 untuk Transaksi Layak yang dibuat menggunakan Kad Layak dalam tempoh sembilan puluh (90) hari berikutnya dari tarikh penggunaan Kod Promo. Sekiranya Peserta Layak tidak memenuhi keperluan perbelanjaan minimum, caj sebanyak Ringgit Malaysia Enam Puluh Lima (RM65.00) bagi setiap penggunaan Kod Promo akan dikenakan kepada akaun kad kredit Peserta Layak yang sama.
Jumlah Kod Promo yang diperuntukkan untuk Kempen ialah Satu Ribu Lima Ratus Tiga Puluh Lapan (1,538) Kod Promo setiap Bulan Kempen dan sejumlah Sembilan Ribu Dua Ratus Dua Puluh Lapan (9,228) Kod Promo sepanjang Tempoh Kempen. Kod Promo adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Jika anda menghadapi sebarang isu mengenai Kod Promo, klik di sini.