Syarat

Pemegang kad yang layak adalah pemegang kad kredit Preferred Visa Infinite1 yang memenuhi keperluan baki minimum Aset Di Bawah Pengurusan (“AUM”) sebanyak RM250,000 yang ditetapkan dalam Terma & Syarat CIMB Preferred di www.cimbpreferred.com.my/tnc pada setiap masa.

 

 

Jika pelanggan CIMB Preferred memegang mana-mana kad berikut:

•Kad Kredit CIMB Preferred Visa Infinite

•Kad Kredit CIMB Preferred Visa Infinite-i

•Kad CIMB Preferred Debit Mastercard

mereka akan menerima jumlah keseluruhan sebanyak 8X akses lounge setiap tahun, dengan had maksimum 4X akses bagi setiap setengah tahun.

 

Akses ini dikongsi antara pelanggan CIMB Preferred dan Ahli Wakil (Member Assignee), tanpa mengira kad yang digunakan.

 

Peruntukan setengah tahun adalah seperti berikut:

•1 Julai 2026 – 31 Disember 2026: sehingga 4 kali akses

•1 Januari 2027 – 30 Jun 2027: sehingga 4 kali akses

 

 

¹Pemegang kad perlu mempamerkan:

  • Pasport atau Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (NRIC)
  • Kad Kredit CIMB Preferred Visa Infinite; dan
  • Pas masuk pesawat yang sah

 

 

Lokasi ruang rehat lapangan terbang (‘lounge’) / kedai makan lapangan terbang (‘dining outlet’) tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Plaza Premium Group. Untuk senarai penuh kemas kini, klik di sini.

 

Pemegang kad yang tidak layak akan dikenakan bayaran seperti yang tertera di setiap ruang rehat.

 

Diskaun 50% pada kadar tanpa-temu-janji (walk-in rate) untuk tetamu yang menemani Pemegang Kad ke mana-mana Plaza Premium Lounge berjenama langsung (direct brand) di seluruh dunia.