Pemegang kad yang layak adalah pemegang kad kredit Preferred Visa Infinite1 yang memenuhi keperluan baki minimum Aset Di Bawah Pengurusan (“AUM”) sebanyak RM250,000 yang ditetapkan dalam Terma & Syarat CIMB Preferred di www.cimbpreferred.com.my/tnc pada setiap masa.
Pemegang kad yang tidak layak akan dikenakan bayaran seperti yang tertera di setiap ruang rehat.
Sekiranya pelanggan CIMB Preferred mempunyai Kad Kredit CIMB Preferred Visa Infinite, Kad Kredit CIMB Preferred Visa Infinite-i dan/atau kad CIMB Preferred Debit Mastercard, akses dihadkan kepada 8X.
1Pemegang kad perlu mempamerkan:
- Pasport atau Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (NRIC)
- Kad Kredit CIMB Preferred Visa Infinite; dan
- Pas masuk pesawat yang sah
Lokasi ruang rehat lapangan terbang (‘lounge’) / kedai makan lapangan terbang (‘dining outlet’) tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Plaza Premium Group. Untuk senarai penuh kemas kini, klik di sini.