Pengeluaran adalah dibenarkan dengan minimum pengeluaran RM1,000 dan dalam gandaan RM1,000 daripada nombor akaun yang sama (Sah untuk akaun Unfixed Deposit™ baharu atau diperbaharui bermula daripada 18 Januari 2015).
Penunaian/Pengeluaran sebelum tarikh matang adalah dibenarkan tetapi pembayaran faedah akan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Penempatan/pembaharuan FD mulai 1 November 2018:
Tiada faedah akan dibayar untuk jumlah pengeluaran penuh atau sebahagian* sebelum tamatnya tempoh deposit.
- Penempatan/pembaharuan FD sebelum 1 November 2018:
i. FD untuk tempoh 1 hingga 3 bulan
Tiada faedah akan dibayar untuk jumlah pengeluaran penuh atau sebahagian* sebelum tamatnya tempoh deposit.
ii. FD untuk tempoh 4 bulan dan ke atas
Sebelum mencapai tempoh 3 bulan
Tiada faedah akan dibayar untuk jumlah pengeluaran penuh atau sebahagian*.
Selepas mencapai tempoh 3 bulan
Faedah yang akan dibayar adalah separuh daripada kadar yang dipersetujui untuk bulan-bulan yang telah dilengkapi bagi jumlah pengeluaran penuh atau sebahagian*
*Untuk pengeluaran sebahagian, faedah daripada kadar yang dipersetujui akan dibayar untuk jumlah tidak dikeluarkan.
3. Pengeluaran separa tidak boleh dibuat melalui CIMB Clicks
buat masa ini.