Pengeluaran dengan minimum RM1,000 dibenarkan dan dalam dalam gandaan RM1,000 daripada nombor akaun yang sama. Sah untuk akaun FRIA-i baharu atau diperbaharui bermula daripada 18 Januari 2015.
Penunaian/Pengeluaran sebelum tempoh matang dibenarkan melalui rebat atau klausa Ibra’ di mana pelanggan setuju untuk memberi rebat sekiranya ada permintaan awal untuk Harga Jualan Murabahah. Jumlah penarikan balik/pengeluaran adalah bergantung kepada:
- Untuk penempatan/pembaharuan FRIA-i bermula daripada 1 November 2018:
Tiada keuntungan akan dibayar untuk jumlah pengeluaran..
- Untuk penempatan/pembaharuan FRIA-i sebelum 1 November 2018:
i. FRIA-i untuk tempoh 1 hingga 3 bulan
Tiada keuntungan akan dibayar untuk pengeluaran jumlah separa atau penuh* sebelum lengkapnya tempoh.
ii. FRIA-i untuk tempoh 4 bulan ke atas
Sebelum lengkap 3 bulan
Tiada keuntungan akan dibayar untuk pengeluaran jumlah separa atau penuh*.
Selepas lengkap 3 bulan
Untuk pengeluaran jumlah separa atau penuh*, separuh keuntungan daripada kadar yang dikontrakkan untuk setiap bulan yang lengkap akan dibayar.
*Keuntungan daripada kadar yang dikontrakkan akan dibayar untuk jumlah tidak dikeluarkan.
3. Pengeluaran separa tidak boleh dibuat melalui CIMB Clicks buat masa ini.