Anda Berada Di

  • Matlamat Perniagaan
  • Penyelesaian & Produk
  • Perbankan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera
Penyelesaian & Produk
  • Penyelesaian
  • Deposit & Pelaburan
  • Kad
  • Pembiayaan
  • Kewangan Perdagangan
  • Pengurusan Wang
  • Perbendaharaan
  • Insurans / Takaful
  • Lebih Perkhidmatan
Perbankan Digital

Ciri-ciri & Manfaat

Jaminan Kerajaan
Fi Jaminan Yang Rendah
Amaun Pembiayaan
Tempoh Pembiayaan Yang Panjang
Pelbagai Kemudahan Pembiayaan

Kelayakan & Syarat

  • Sah untuk PKS dan Syarikat Bersaiz Pertengahan (MSC) dalam semua sektor dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang dan dikawal oleh warganegara Malaysia
  • Hasil tahunan tidak melebihi RM500.0 juta berdasarkan akaun yang diaudit (atau penyata cukai pendapatan di mana berkenaan) untuk mana-mana tahun kewangan yang berakhir pada tahun 2019 atau yang terbaru
  • Pemohon mesti berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 atau 2016; atau pihak berkuasa tempatan dan pejabat daerah Sabah dan Sarawak
  • Tidak terpakai untuk syarikat tersenarai awam yang berada di papan utama; dan subsidiari bagi syarikat tersenarai awam yang berada di papan utama, syarikat berkaitan Kerajaan, Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan dan perusahaan milik kerajaan negeri
  • Untuk Pembiayaan Baru, kemudahan ini hanya boleh digunakan untuk modal kerja dan/atau perbelanjaan modal. Untuk Penstrukturan dan Penyusunan Semula kemudahan pembiayaan sedia ada, dengan moratorium 12 bulan dan lanjutan tempoh pembiayaan; dan/atau modal kerja tambahan (bagi pemohon dengan kemudahan pembiayaan yang disusun semula dan/atau distruktur semula yang telah diluluskan pada 1 Mac 2020 dan seterusnya adalah layak). Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan sedia ada yang diberikan oleh bank yang sama atau lain-lain bank
  • Tersedia sehingga penggunaan penuh had skim sehingga RM30.0 bilion
  • Amaun pembiayaan maksimum ialah RM20.0 juta. Had pembiayaan adalah tertakluk kepada had kumpulan agregat tidak melebihi RM50.0 juta untuk semua skim jaminan SJPP, termasuk pembiayaan ini (Bagi PGGS, kumpulan ditakrifkan sebagai syarikat di bawah kumpulan yang sama melalui pegangan saham (memegang 50% atau lebih), pengarah (memberikan jaminan), penjamin yang berkaitan, dan termasuk Pihak Berkaitan)
  • Tempoh pembiayaan adalah tertakluk kepada tujuan pembiayaan. Bagi Pembiayaan Baru, tempohnya adalah sehingga 10 tahun. Untuk Penstrukturan Semula dan Penyusunan Semula, tempohnya adalah sehingga 3 tahun. Untuk Modal Kerja Tambahan, tempohnya adalah sehingga 10 tahun
  • Fi jaminan perlu dibayar terlebih dahulu dan tertakluk kepada tujuan pembiayaan

Nota: Tertakluk pada terma dan syarat.