1. Siapakah yang layak untuk menyertai Kempen ini?
Kempen ini terbuka secara eksklusif kepada pemegang Akaun Semasa Perniagaan/-i CIMB sedia ada/baharu. Jika anda masih belum mempunyai Akaun Semasa Perniagaan/-i, sila klik sini untuk memohon.
2. Sampai bila Kempen ini akan berlangsung?
Tawaran dalam Kempen ini adalah sah sehingga 30 Jun 2023.
3. Apakah yang terkandung dalam Kempen ini?
Daftar untuk Penyelesaian Saudagar CIMB dan mana-mana Penyelesaian Digital Rakan PKS kami untuk menikmati kadar pembiayaan istimewa apabila anda memohon untuk Pembiayaan SME Quick Biz/-i.
4. Ia mengambil masa berapa lama untuk memproses permohonan pembiayaan ini?
Setelah e-Borang dihantar, seorang wakil CIMB akan menghubungi anda dalam masa 3 hari bekerja untuk memproses permohonan pembiayaan anda. Seorang wakil daripada Rakan PKS kami akan menghubungi anda untuk membantu melengkapkan pendaftaran penyelesaian digital dan proses ini tidak akan mengambil masa lebih daripada 2 minggu.
5. Apakah kriteria kelayakan untuk SME Quick Biz Financing/-i?
Maklumat lanjut dan butiran tentang kelayakan SME Quick Biz Financing/-i boleh didapati di: https://www.cimb.com.my/en/business/solutions-products/financing/sme-financing/sme-quick-biz-financing-i.html.