Anda Berada Di

  • Matlamat Perniagaan
  • Penyelesaian & Produk
  • Perbankan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera
Penyelesaian & Produk
  • Penyelesaian
  • Deposit & Pelaburan
  • Kad
  • Pembiayaan
  • Kewangan Perdagangan
  • Pengurusan Wang
  • Perbendaharaan
  • Insurans / Takaful
  • Lebih Perkhidmatan
Perbankan Digital

Kempen

Nikmati kadar hibah dan berpeluang memenangi hadiah menarik dengan akaun CIMB BizCA-i baharu anda!

Berita baik untuk semua Pemilikan Tunggal dan Perkongsian di luar sana! 

 

Anda kini boleh menikmati kadar hibah1 bermula daripada baki akaun purata bulanan minimum sebanyak RM25,000 dalam Akaun Semasa Perniagaan CIMB Islamic baharu anda.

 

Bersedia untuk mengembangkan perniagaan anda dengan ganjaran menarik dan faedah eksklusif.

Berpeluang menjadi pemenang bulanan kami apabila anda memenuhi

baki akaun purata minimum sebanyak RM25,0002!

Mahu lebih lagi? 

Banyak faedah menanti anda apabila anda bertukar ke Digital dengan CIMB!

Tempoh Kempen: 1 Oktober 2023 - 31 Disember 2023

Mulakan perniagaan anda dengan

Akaun Semasa Perniagaan CIMB Islamic hari ini!

Nota Penting

  1. Kadar hibah yang lalu yang diberikan oleh CIMB Islamic Bank pada 26 September 2023.
  2. 2. Hibah budi bicara tambahan yang lalu (Hadiah) yang diberikan oleh CIMB Islamic Bank pada 26 September 2023.
  3. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan Baharu kepada Bank (termasuk di bawah Pemilikan Tunggal & Perkongsian) yang membuka Akaun Semasa Perniagaan CIMB Islamic baharu dan mendaftar untuk BizChannel@CIMB, Kad Debit, dan DuitNow QR Peniaga.
  4. Bayaran Hibah akan dikira berdasarkan baki purata bulanan dan dikreditkan ke dalam akaun pelanggan dalam tempoh dua bulan. Sebagai contoh, Hibah untuk bulan Oktober akan dikreditkan pada akhir bulan Disember.
  5. Penunaian Hibah dan rebat fi BizChannel@CIMB adalah berdasarkan tahap akaun.
  6. Peserta perlu melakukan sekurang-kurangnya 8 transaksi menggunakan Debit Mastercard CIMB anda (minimum RM50 bagi setiap transaksi) sepanjang Tempoh Kempen (1 Oktober 2023 hingga 31 Disember 2023) untuk menikmati pengecualian Fi Tahunan sebanyak RM15.
  7. Peserta yang Layak yang telah melanggan pakej transaksi BizChannel@CIMB semasa Tempoh Kempen akan menikmati rebat selama enam (6) bulan dari tarikh langganan. Untuk mengelakkan keraguan, tarikh langganan bermaksud tarikh Bank menghantar e-mel automatik yang mengandungi maklumat log masuk kali pertama Peserta yang Layak ke alamat e-mel Peserta yang Layak yang berdaftar dengan Bank.
  8. Imej Speaker JBL (termasuk model & warna) dan baucar Touch ‘n Go dalam sebarang bahan promosi, iklan, publisiti, dan bahan lain yang berkaitan dengan Kempen ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan hadiah sebenar.
  9. Penunaian Speaker JBL dan baucar Touch ‘n Go kepada pemenang yang terpilih akan diberikan dalam tempoh T+3 bulan dari tarikh namapemenang dipilih oleh Bank.
  10. Sebarang ganjaran yang ditawarkan oleh CIMB Islamic Bank kepada pelanggan adalah berdasarkan budi bicara pihak Bank. Pelanggan boleh atau tidak boleh menerima apa-apa ganjaran. Ganjaran yang lalu tidak boleh dianggap sebagai pulangan indikatif atau prospektif, jaminan, atau janji yang terikat secara sah bahawa ganjaran akan diberikan oleh CIMB Islamic Bank.
  11. Tiada buku cek akan dikeluarkan untuk Akaun Semasa Perniagaan CIMB Islamic di bawah Kempen ini.
  12. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Kempen ini, sila hubungi kami di 1300 888 828.

Terma dan Syarat

Ahli PIDM. Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit. Untuk melihat brosur PIDM, klik di sini.