Anda Berada Di

  • Matlamat Perniagaan
  • Penyelesaian & Produk
  • Perbankan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Notis Penting:

Kadar Asas, Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas dan Kadar Semasa Deposit Tetap/Akaun Pulangan Pendapatan Tetap-i/ Akaun Pelaburan Berjangka-i

Para pelanggan yang dihargai,

 

Berkuatkuasa pada 18 Mei 2022, Kadar Asas (BR) kami ditukarkan daripada 2.75% setahun kepada 3.00%* setahun dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) daripada 5.60% setahun kepada 5.85%* setahun. Kadar Semasa Deposit Tetap (FD) / Akaun Pulangan Pendapatan Tetap-i  (FRIA-i)/ Akaun Pelaburan Berjangka-i (TIA-i) juga akan dinaikkan sebanyak 0.25%* setahun.

 

Untuk maklumat lanjut, layari www.cimb.com.my. Anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Khidmat Pelanggan kami: untuk individu hubungi +603 6204 7788,  untuk Preferred, hubungi 1300 885 300 dan untuk Pelanggan korporat hubungi 1300 888 828 atau berjumpa dengan kakitangan kami di cawangan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank. Cawangan CIMB Islamic Bank terletak setempat dengan cawangan CIMB Bank di seluruh negara.

 

Terima kasih kerana melakukan urusan perbankan dengan kami dan sokongan berterusan yang anda berikan.

 

 

Pihak Pengurusan

 

CIMB Bank Berhad & CIMB Islamic Bank Berhad

 

*Nota: Kadar tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.