Kami memahami bahawa para pelanggan kami, sama ada individu mahupun perniagaan, sedang menghadapi keadaan yang cukup mencabar akibat dari pandemic yang melanda dan CIMB bersedia membantu anda melangkah ke hadapan.
Sejajar dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Julai 2020, kami akan beralih ke pendekatan bantuan secara bersasar di mana kami akan menawarkan bantuan kepada pelanggan yang paling terjejas.
Pada masa yang sama, kami menggesa mana-mana pelanggan yang sedang mengalami kesulitan dalm memenuhi komitmen anda agar menghubungi kami untuk membincangkan pilihan bantuan yang ada secepat mungkin.