Manfaat Kematian - Sekiranya anda meninggal dunia, selain daripada bayaran manfaat kematian untuk pelan asas, sumbangan rider akan dibayar pada tarikh kematian. Manfaat ini akan dibayar daripada Dana Tabarru' Peserta. Jika kematian disebabkan oleh kemalangan, kami akan membayar tambahan 100% daripada sumbangan rider yang anda telah bayar.
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) - Sekirannya anda mengalami TPD, selain daripada bayaran manfaat TPD untuk pelan asas, sumbangan rider akan dibayar pada tarikh TPD bermula. Manfaat ini akan dibayar daripada Dana Tabarru' Peserta. Jika TPD berlaku adalah disebabkan oleh kemalangan, tambahan 100% daripada sumbangan rider akan dibayar.
Manfaat Akhir - Kami akan membayar jumlah sumbangan yang telah dibayar, termasuk sumbangan asas, sumbangan rider dan sebarang tambahan yang dikenakan, kecuali cukai perkhidmatan.