• Manfaat Kematangan - Pada tarikh kematangan rider ini, kami akan membuat bayaran balik secara penuh untuk sebarang premium yang telah dibayar, termasuk MRTA, premium rider, dan apa-apa premium muatan.

  • Manfaat Kematian - Sekiranya berlaku kematian terhadap anda, kami akan membayar premium rider. Jika kematian berlaku disebabkan oleh kemalangan, kami akan membayar tambahan 100% daripada premium rider yang telah anda bayar.

  • Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) - Sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD), kami akan membayar premium rider yang telah dibayar. Jika hilang upaya menyeluruh dan kekal berlaku disebabkan oleh kemalangan, kami akan membayar tambahan 100% daripada premium rider yang telah anda bayar.